Wednesday, November 10, 2010

Ombak Rindu

Hey there...




Penah baca novel Ombak Rindu tak? Well ada 3 kesinambungan suma nye iaitu Ombak Rindu, Cinta... Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku. So, aku memang mengikuti ketiga - tiga epilog tersebut tapi dalam 3 novel tuh aku paling suka ngan Ombak Rindu laa. Skang filem Ombak Rindu lak tengah dihasilkan & insya Allah ia akan ditayangkan pada awal taun depan. Tak sabar nak tengok la filem tuh nanti. Ye la bab novel karya penulis terkenal Fauziah Ashari ni menjadi kegemaran aku.

Sinopsis :
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hati tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?




Filem nih tengah menjalani shooting dalam bulan Julai 2010 dan akan ditayangkan pada awal 2011.

Tajuk : Ombak Rindu
Lokasi : Cameron Highlands, Langkawi, Perlis, Penang & KL
Tarikh Pengambaran : 9/7/2010 - 15/8/2010
Terbitan : Tarantella Pictures
Penerbit : Sharad Sharan / Renu Sharan
Pengarah : Osman Ali

Pelakon Utama :
Maya Karin - Izzah
Aaron Aziz - Hariz
Lisa Surihani - Mila Amylia

Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri


Related Posts:

  • Kecelakaan World Sauna ChampionshipsPertandingan yang berlansung pada 07 Ogos 2010 ini menjadi mimpi ngeri apabila mantan tempat ketiga, Vladimir Ladyzhensky yang juga merupakan salah satu peserta finalis meninggal dunia akibat luka melecur dan terbakar setela… Read More
  • 3 Pesan Nabi Buat KitaAda 3 perkara yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Dari Abu Hurairah RA. Ia berkata Rasulullah SAW bersabda : " Jika umatku sudah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan Islam; dan jika uma… Read More
  • Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud AS Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud AS sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.Lalu Nabi Daud AS … Read More
  • Tenang SabarAku cuba tenangkan diri...SabarBanyakkan istiqfar & muhasabah diri niBanyak khilaf aku selama ni… Read More
  • Pakaian Rasulullah SAWSandal @ CapalSerbanJubah Dan TongkatMangkukCop Mohor IslamRambut Dan GigiBekas Tapak KakiKunci Kaabah Zaman RasullullahPanji PerjuanganBusur PanahTopi Perang BesiPedangSurat UtusanPintu Emas Makam… Read More

2 comments: