Monday, November 1, 2010

Di Manakah Cantikknya Seorang Wanita??

ZATYRAINZ, 17 OCT 2010

ILUVISLAM.COM



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Related Posts:

  • Kerinduan...Pertama kali aku dengar lagu ni aku rasa di awangan... Aku telah jatuh cinta & I like dis song so much!! Aku bayangkan kalu perkahwinan aku nanti aku nak pasang lagu ni masa aku melangkah masuk ke dalam dewan yang dipenuh… Read More
  • Up In A SkyWhen you are downAnd you want to get high,Just take a good lookUp in the sky.What you will seeAre the stars above,And all you needIs to proclaim your love.Who you will findAnd see so clear,Are friends in mindYou want to hold … Read More
  • Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?IM KOYUBE, 29 SEPT 2010ILUVISLAM.COMBagaimana jika Allah mencintai seseorang?Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berka… Read More
  • Hantaran Al - Quran** Kisah ni da lama aku dapat dari emel oleh Taman2 Syurga... Banyak info yang boleh dijadikan iktbar kita masa ini..."Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah… Read More
  • I Like!!Bila tengah sedey ni aku teringat lagu yang penah adik aku AINA tujukan wat aku. Die cakap lagu ni sangat sesuai wat aku... Tapi bukan dinyanyikan oleh aku la sebaliknya si lelaki tersebut la. Yaa sangat clishe, hmm quite ups… Read More

0 comments:

Post a Comment