Monday, November 1, 2010

15 Ciri Wanita Syurga

TABLOID ILUVISLAM, 26 0CT 2010

KASIHSAYANG





1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Related Posts:

  • Zaman Muda Mudi...Hey there...Teringat pelbagai kenangan suka duka bersama kawan - kawan. Aku ni jenis tak pandai berkawan ngan kawan pompuan, bab aku jenis yang lasak kasar, tak cam kawan - kawan yang len. Masa tadika dulu bila diingat balik,… Read More
  • Makan - MakanSo tired... Sangat kenyang~Ahaks!! Penat sehh, tadi kuar g Kuala Kedah makan - makan. Celebrate birthday Mama... Wow makan besar nampak. Haha!! Tadi meraikan gak birthday aku ( 8/10 ) yang da lepas, Mama ( 28/10 ) besok &… Read More
  • Leave Them All...Yahoo!!!Aku kali nih da dapat semangat baru lar. Aku da banyak pk dohhh ni... Aku rasa aku da tak mo g dok pk sal suma MR. ( tak perlu mention ) yang penah hadir dalam idop aku. Aku malas da nak pk, nak simpan perasaan. Bila … Read More
  • Sakit...Hmmm... :(Aku sakit sangat perot ni ( masuk angin ) dari pagi semalam g. Tak taw nak wat cmne skang... Tension la hmm, nape la sakit sangat ni. Dah 2 malam tak dapat nak tido nyenyak... AdoyaiAku da mam ubat pun, sakit sangat… Read More
  • Chill Babe!!Hey there....Well, I miss u my blog... ( rasa ketagih sudaa ) Aisehhh... Hehehe :PLol, arini banyak tol kol dari owang - owang yang penting. Sangat kalut la today huhu... But it's ok je, I still can smile lor... Yeah!!Em juma… Read More

0 comments:

Post a Comment