Wednesday, November 10, 2010

Ombak Rindu

Hey there...




Penah baca novel Ombak Rindu tak? Well ada 3 kesinambungan suma nye iaitu Ombak Rindu, Cinta... Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku. So, aku memang mengikuti ketiga - tiga epilog tersebut tapi dalam 3 novel tuh aku paling suka ngan Ombak Rindu laa. Skang filem Ombak Rindu lak tengah dihasilkan & insya Allah ia akan ditayangkan pada awal taun depan. Tak sabar nak tengok la filem tuh nanti. Ye la bab novel karya penulis terkenal Fauziah Ashari ni menjadi kegemaran aku.

Sinopsis :
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hati tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?




Filem nih tengah menjalani shooting dalam bulan Julai 2010 dan akan ditayangkan pada awal 2011.

Tajuk : Ombak Rindu
Lokasi : Cameron Highlands, Langkawi, Perlis, Penang & KL
Tarikh Pengambaran : 9/7/2010 - 15/8/2010
Terbitan : Tarantella Pictures
Penerbit : Sharad Sharan / Renu Sharan
Pengarah : Osman Ali

Pelakon Utama :
Maya Karin - Izzah
Aaron Aziz - Hariz
Lisa Surihani - Mila Amylia

Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri


Related Posts:

  • Maher Zain BibliographyMaher Zain ( born 1982 ) is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin. His first album 'Thank You Allah' of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009. His music videos on Youtube has collectiv… Read More
  • Ibu, Dari Mana Datangnya Semua Ini?ZULHAFIDZ YAHYA, 30 0GOS 2010ILUVISLAM.COMDi sebuah rumah di pinggir kota,Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak ma… Read More
  • Ungu - Aku Bukan Pilihan HatimuJika memang dirikuBukan lah menjadi pilihan hatimuMungkin sudah takdirnyaKau dan aku takkan mesti bersatuHarus slalu kau tauKu mencintamu disepanjang waktukuHarus slalu kau tauSemua abadi untuk slamanyaKarena kuyakin cinta da… Read More
  • Hati ItuUMATMUHAMMAD, 7 OKT 2010ILUVISLAM.COMInsyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hu… Read More
  • Ketika Cinta Berbunga SyurgaSeorang teman yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik.Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu,bukan kerana darjatmu,tetapi ke… Read More

2 comments: