Monday, October 11, 2010

Kenapa Aku Masih Solo?


AFDHAL, 8 SEPT 2010
ILUVISLAM.COM

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

1 ) Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

2 ) Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

3 ) Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

4 ) Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

5 ) Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

6 ) Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Related Posts:

  • Sting - Ku Sapu Air Mata Tanda PerpisahanSiapa sangka kan jadi beginisiapa duga kita kan berpisahkutak percaya biarpun kenyataanYang pastinya kukan kehilanganmuKita sebumbung tapi tak bersamaKita serumpun tapi tak sekataRindu setahun hilang sekelip mataLautan kasih … Read More
  • Tak Sempat Nak UpdateSalam uols!!Erm, so sowi bab tak dapat nak update g blog cam dulu. Bz sangat skang, waktu terbatas nak on. Ni pun on jap la... Penat sangat, besok actually cuti tapi terpaksa wat OT lak... Adoyai, nak tak nak kena g gak keje.… Read More
  • Geisha - Takkan Pernah AdaDia memang hanya diaKu s’lalu memikirkannyaTak pernah ada habisnyaBenar dia, benar hanya diaKu s’lalu menginginkannyaBelaian dari tangannyaMungkin hanya diaHarta yang paling terindahDi perjalanan hidupkuSejak derap denyut nad… Read More
  • Penat!!Salam pembaca blog aku yang setia...Da 2 ari aku tak update blog. Aku capet bangat sehhh!! Waktu keje aku telah wat aktiviti aku terbatas. Aku da tak dapat on FB & update blog tiap ari & berjam - jam cam dulu g. Kini … Read More
  • Sixth Sense - Cinta MatikuAkan ku biarkan dirimuMerasuki hidupkuAkan ku biarkan cintamuMeracuni hatikuKerna cintaku terlalu gilaKepadamu ku yang cintaKerna diriku tak pernah bisaHidup tanpamuJangan pernah tinggalkan dirikuJangan lepaskan akuWalau sete… Read More

0 comments:

Post a Comment