Monday, December 13, 2010

Kisah Seorang Cikgu Tadika



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

Related Posts:

  • Kebangaanku...Yuhuu uols!!So ape cer kowang?Adalah menjadi kebangaan aku bila parents aku turut bangga ngan kejayaan aku pada ari ini... Dulu aku jauh dari famili tercinta, berpakaian uniform pun jauh dari dowang... Tapi skang, aku mampu t… Read More
  • Rindu...Salam...Aku nak sangat jumpa MR. H arini so aku pujok - pujok die bagi jumpa gak aku ( aku ajak kuar ) Cian kat die, aku rasa cam dok paksa die. Tapi aku rindu, tak puas jumpa tadi siang. Kami pun kuar... Bab aku ajak die g b… Read More
  • Berangan Jadi Mama Jap...Hey there...Pagi tadi aku liat sangat nak bangun sampai la teringat nak ajak MR. H g beli donut. G pun parents aku iya - iya suh aku beli. Dowang langsung tak marah kalu aku nak kuar ngan MR. H... Malah ok sangat, bab aku da … Read More
  • Bertunang...Hey uols!!Tadi pas Solat Jumaat, aku & famili g ke umah sedara di Kodiang. Anak sedara ( pihak pompuan ) aku bertunang... Meriah tol majlis pertunangan beliau... Siap pasang 3 khemah. Dalam umah tak yah cakap la grand nak… Read More
  • Jauh...Hey there...MR. H baru je jumpa aku tadi :(Rasa sedey la bab nak berpisah sebulan, ntah camne die kat sana... Kulit die nampak agak gelap sket bab kenduri yang wat kat taman die. Tapi die tetap encem :)Perkara pertama yang ak… Read More

0 comments:

Post a Comment