Monday, December 13, 2010

Kisah Penjual Tempe


Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah.

Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe.

Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar.

Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi.

Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan.

Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu.

Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi.

Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.

Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar.

Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Jumilah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti.

Sampai sahaja dipasar, Jumilah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis.

Jumilah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak.

Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi.

Jumilah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, "Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini..."

Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, "Assalamuailaikum... awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?".

Terkejut besar Jumilah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi.

"Waalaikumussalam... errmmm... ada, sekejap ya," jawab Jumilah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul.

Jumilah berdoa di dalam hati, "Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut".

Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi.

Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Jumilah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa awak mahu beli tempe yang belum menjadi ini?".

Wanita tersebut menjawab, "Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England, jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi... baru ada umphhhh!!!"

Related Posts:

  • CONFIRM??21 / 05/ 2011Genap la 6 bulan aku keje...Dalam tempoh tuh gak, keputusan sama ada aku dapat dikonfemkan ke takTakot kan?Harap aku tak da masalah ape laAritu tengok prestasi aku ok je...Ok ke?Hehe... Skang da masuk awal bulan … Read More
  • Aku Dah Gatal!!Statement uols!!Yup...Memang aku da gatal...Boley tak kalu aku cakap camtu...Teringin giler la...Tipu la kalu aku rasa tak ingin nak kawen:PNak nak nak!!Ngeh~Lambat g ark uols!!Haha...Wat gempak boley, kami masing - masing pu… Read More
  • Anuar Zain - Sedetik Lebih Read More
  • He Is The OneANUAR ZAIN...Sape kata aku tak minat die?Eh aku minat gila kot kat die ni...Pada sesapa yang tak suka, jangan nak kutuk - kutuk...Berdosa tawLagu - lagu die suma tip top di ati aku...Most favorite akuI'M THE LUCKY ONESEDETIK … Read More
  • Sikap Keterbukaan??Sikap keterbukaan tuh perlu ke?Pada aku... Yup!! Amat perlu...Coz kita dalam hubungan punya banyak argue...Setuju tak?Selalu berpura - pura punya banyak persamaanTak kan menjamin hubungan yang berpanjanganTapi sebaliknyaSebai… Read More

0 comments:

Post a Comment