Friday, December 31, 2010

CERAI ISTERI TIDAK CANTIK MAKIN MENINGKAT



KUCHING : Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.

Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Agama ), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.

Meskipun tidak menyatakan statistik membabitkan kes perceraian, beliau berkata, kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda berusia 20 hingga 25 tahun.

Mereka berkahwin pada usia muda iaitu bawah 20 tahun atau sebaik selepas tamat persekolahan. Kadar perceraian meningkat seiring peningkatan kadar perkahwinan terutama di kawasan bandar seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

" Jabatan Agama Islam Sarawak ( Jais ) mendapati berlaku peningkatan jumlah kes cerai di kalangan pasangan Islam dan kami memanggil mereka untuk memberi kaunseling, namun dalam kes tertentu, ada pasangan enggan menerima nasihat kami, " katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Daging Korban di Surau Kolong Dua, Matang, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, mereka perlu ingat, ada antara pasangan berkahwin pada usia muda dan bercerai selepas dua ke tiga tahun mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Katanya, maklumat diterima Jais mengatakan ada antara pasangan muda baru berkahwin tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak bekerja.

Related Posts:

  • Kuat TIDO!!Zzzzz!!!Adoyai, aku adalah anak dara yang suka tidoSiot!!Pembetulan!! Ehem - ehem...Sangat kuat tido~Giler kalu da tido ke even bom meletop pun aku tak kan bangunHa punye la payah aku nak bangunHuhu...Bak kata abah ku, " ANAK… Read More
  • Geramnya...Geramnya aku kat budak - budak niBila bagi kemudahan, senang - senang je nak rosakkan harta owangThen mereka d'back up plak oleh ketua merekaDa la tuh, tak cukup ngan perkara tuhMember aku dimarah pihak atasan plak atas sebab… Read More
  • CUTI TETAP CUTI!!!Benggong la dowang niAku keje teruk kot 7 ari seminggu tanpa cutiNi aku da dapat cuti nak suh aku datang wat OT lakOwh banyak cantek Gila la dowang ni stai tak reti jaga kebajikan stafAku sakit badan - badan da kejeArapkan SL… Read More
  • True Friends Are... Read More
  • Aku, Lim & IslamAku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke … Read More

0 comments:

Post a Comment