Monday, December 20, 2010

5 Pulau Tercantik Di Malaysia


Pulau Sipadan

Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.



Pulau Tioman

Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.



Pulau Langkawi

Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.



Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.



Pulau Perhentian

Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.


Related Posts:

  • NO KOMEN!!Dear darl ( blog ) & pembaca - pembaca blog yang berkenaan...Ati owang ni kita sume kena jaga, susah la kan... Sedangkan ati kita sape nak jaga right?Jadi jangan la nak tanye itu & ini bab lom tentu aku ni dapat bagi … Read More
  • Jangan Stress!!Hey uols!!Da 3 ari aku keje, alhamdulillah suma ok je... Tak da masalah. Rasa sangat mencabar keje aku & aku kena banyak sabar. Alhamdulillah wat masa ni aku masih dapat bersabar. Hope wat selamanya hehe!! Team aku alham… Read More
  • Oktober 2010Dear my lubly...Arini aku rasa sedey sangat - sangat... Aku pun tak taw nape die wat perangai camtu seperti main - main... Ape yang die pk sebenarnya? Dulu cakap ngan aku len. Umpama bagi harapan pada aku, sal famili die, sal… Read More
  • Kebangaanku...Yuhuu uols!!So ape cer kowang?Adalah menjadi kebangaan aku bila parents aku turut bangga ngan kejayaan aku pada ari ini... Dulu aku jauh dari famili tercinta, berpakaian uniform pun jauh dari dowang... Tapi skang, aku mampu t… Read More
  • Aku Blur Arini...Dear darl...Today bermula la episod baru dalam idop aku sebagai sowang pekerja swasta... Aku sampai sharp 8.30 pagi kat sana. Giler la aku ni leh lak datang lambat ( patutnye kena 15 - 30 min awal ) Tuh la aku wak relax sanga… Read More

0 comments:

Post a Comment