Tuesday, December 28, 2010

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: ( Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti ) Kamu, tulang rusukku.


*****

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak " Kamu tidak cintakan saya lagi!!! ".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak " Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!! "

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. " Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing ".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


****

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz " Selamat Tinggal ".


*****

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

~Kita melempiaskan 99 % kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Related Posts:

  • Dia...Dear darling...Today tak banyak nak story pun. Tapi dok lepak jap tadi then teringat kenangan masa ke Genting. Sonok sangat tak terkata. Aku g ngan die kat sana... Dulu g lawatan ngan kawan - kawan skol, tapi pastu kami g ber… Read More
  • DAY OFF!!Hey darl!!Besok aku day off... Yeah - yeah!! Lega tol setelah 6 ari aku bekerja~Euuu!! Besnye hehe, lega tol la. Setelah penat bekerja, kita mesti la cuti jap. Tak kesah ark walaupun 1 ari kan janji cuti ( badan pun kena jaga… Read More
  • Agnes Monica - Janji JanjiLagu nih sangat bes & rancak sesuai ngan diri aku... Hope uols enjoy ok!!… Read More
  • LonelyDear lonely...Malam ni aku ditinggalkan sowang. Famili aku tak da g Lumut bercuti. Da reunion batch Abah. So aku kesowangan akibat aku keje tadi siang & besok lak aku off.Sangat sedey kan? Haha!! Maka aku ternganga di uma… Read More
  • Meaning Of KissesTHE CONSTITUTION OF LOVE CODE" If you love someone, show them and say so! "STATEMENT" If a kiss is the language of love, then we have a lot to talk about! "METHODS OF LOVEKiss on the ear = " I'm Horny "Kiss on the cheek … Read More

4 comments:

  1. i'm crying natasya while reading this entry
    subhanallah.='(

    ReplyDelete
  2. sedey bile bace ayat yg last
    sebelum mengucapkan sesuatu fikir dahulu
    semakin besar kehilangan org yang dicintai
    anyway natasya.
    nice entry and pengajaran untuk semua org.

    ReplyDelete
  3. thx tqa... insyaAllah kalu da post yg bes/info bguna... sy akan publish ok...

    ReplyDelete