Wednesday, February 16, 2011

Adab Minum Rasulallah

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.






Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham ( kahak / lendir )
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk :

Aisyah ( ranha ) meriwayatkan bahawa : " Diantara banyak - banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk "

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz ( rendaman buah tamar ).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cinta Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk "

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah "
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum ( pada setiap penafasan ) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Related Posts:

  • On my birthday...Taun ni besday aku just wish dari famili & kawan-kawan hehe... Dulu lain la masa muda - muda ada kek huhu. Tapi kali ni lagi bes taw... Mama Abah belikan aku dessert... Fuhh sangat mantap meletop hee :) Yang paling bes, b… Read More
  • VALENTINE DAYHey there...Uols sambut ke VALENTINE?Ha uols jangan salah paham ngan aku lakAku memang tak penah menyambut sejak azali lagiMasa zaman skol aku suka sangat tengok owang sambut Mula berangan bila besar nak camni gak laTime tuh … Read More
  • My MamaI just want to let you knowWhat is on my mind.You know that I love you so.You are one of a kind.In my heart, there's a special placeWhere all of your love lives.Everything's in a special caseAnd all my love to you I give.It h… Read More
  • Hikayat Merong Mahawangsa ( Official Bahasa Malaysia Trailer)Tak sabar nak tungu tayangan filem ni pada 10 Mac nanti...Jom kita sume g tengok sesamaHehehe :PAha then jangan lupa layan lagu yang sedap nih ANUAR ZAIN - SEDETIK LEBIHMasyuk!!Untuk taw lebey lanjut sal HIKAYAT MERONG MAHA… Read More
  • Bruno Mars - GrenadeEasy come, easy goThat’s just how you live, ohTake, take, take it all,But you never giveShould of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open -Why were they open?Gave you all I hadAnd you tossed it in t… Read More

0 comments:

Post a Comment