Thursday, October 4, 2012

Bapa Yg Baik ®



Penulis: Maulana Fakhruddin Ali Safi

Maulana Fakhruddin Ali Safi merupakan seorang pengarang dan penyair yang hebat di zaman Safavid pada abad ke-16 Masihi. Lataif At-Tawaif merupakan kitabnya yang paling terkenal. Karangannya mahsyur dengan ketajaman pandangan dan penceritaannya diselangi dengan jenaka dan sindiran yang lucu. Cerita pendek ini adalah salinan semula dari kitab tersebut.



Maulana Fakhruddin Ali Safi pernah bercerita:

Pada suatu hari, askar diraja telah menangkap seorang budak lelaki dan bapanya, lalu mereka dibawa ke istana. Raja yang zalim itu memandang ke arah lelaki tua dan anaknya dengan murka lalu bertitah:

“Sebat pesalah-pesalah ini seorang seratus kali.”

Si bapa merupakan yang pertama yang disebat. Tukang sebat mendudukkannya dan mula menyebat belakangnya - satu, dua, tiga. Akan tetapi, lelaki tua itu langsung tidak menggigil atau mengerang kesakitan. Raja yang zalim itu semakin murka setelah si bapa tidak bertindak-balas. “Sebat lebih lagi! Sebat lagi!”

Tukang sebat menggunakan sepenuh tenaga mereka, tetapi lelaki itu tetap tidak bertindak-balas dan tidak mengerang kesakitan. Selepas hukuman itu, si bapa tercungap-cungap dan peluh menitis di mukanya. Dia menjeling ke arah anak lelakinya itu dengan risau.

Tiba pula giliran si anak. Tukang sebat mendudukkannya. Dia menyebat belakangnya. Lelaki tua itu mengerang kesakitan! Raja yang kejam itu memandang ke arah tukang sebat dan bertitah: “Berhenti!”

Kemudian raja merenung si bapa dan berkata: “Apa yang telah berlaku? Kenapa kamu tidak mengaduh walaupun telah disebat seratus kali tadi? Baru sekali saja mereka sebat anak kamu, kamu telah mengerang kesakitan.”

Si bapa menjawab: “Tukang sebat telah menyebat patik seratus kali dan patik mampu menerimanya. Akan tetapi, sekarang mereka melukakan hati patik dan patik tidak boleh menerimanya. Anak patik adalah hati saya. Patik sayangkannya seribu kali dari nyawa patik. Jadi, patik tidak sanggup melihat dia terseksa.”

Raja mula berfikir, lalu tersenyum dan bertitah: “Lepaskan budak lelaki itu!” Dia memandang budak lelaki tersebut: “Wahai anak, hargailah bapa kamu, kerana tidak mungkin ada bapa lain yang sebaiknya di dunia ini.”

Related Posts:

  • Zaman Muda Mudi...Hey there...Teringat pelbagai kenangan suka duka bersama kawan - kawan. Aku ni jenis tak pandai berkawan ngan kawan pompuan, bab aku jenis yang lasak kasar, tak cam kawan - kawan yang len. Masa tadika dulu bila diingat balik,… Read More
  • Kedah...Uols!!Ni da latest pic yang dapat di snap arini setelah puas meronda & meredah banjir semata - mata nak tengok musibah bencana tersebut ngan sendiri. Ramai tol arini, jem... Bab masing - masing kuar nak tengok keadaan. Na… Read More
  • Sakit...Hmmm... :(Aku sakit sangat perot ni ( masuk angin ) dari pagi semalam g. Tak taw nak wat cmne skang... Tension la hmm, nape la sakit sangat ni. Dah 2 malam tak dapat nak tido nyenyak... AdoyaiAku da mam ubat pun, sakit sangat… Read More
  • Leave Them All...Yahoo!!!Aku kali nih da dapat semangat baru lar. Aku da banyak pk dohhh ni... Aku rasa aku da tak mo g dok pk sal suma MR. ( tak perlu mention ) yang penah hadir dalam idop aku. Aku malas da nak pk, nak simpan perasaan. Bila … Read More
  • Kawan...Pada ketika ini...Aku teringat kawan - kawan aku... Safwan, Shazwan, Hizami, Olyn, Akim... Ape kabar kowang ye? Kowang sume hepi da life masing - masing. Bahagia bersama famili & owang tersayang... Bagus la, kita masing -… Read More

0 comments:

Post a Comment