Tuesday, October 16, 2012

Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 kali sehari



Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Daripada Ibnu 'Umar radhiyallahu anhu bahawasannya beliau berkata, "Kami duduk-duduk bersama Rasulullah, datanglah seorang leIaki dari kaum Anshar, lalu mengucapkan salam kepada Nabi kemudian dia berkata, "Wahai Rasulullah, orang mukmin manakah yang paling utama?" Baginda bersabda, "Mereka yang paling baik akhlaknya" Dia bertanya lagi, "Orang mukmin manakah yang paling cerdik?" Baginda bersabda, "Mereka yang paling banyak mengingati kematian dan orang paling baik persediaannya untuk kehidupan setelahnya, mereka itulah orang-orang cerdik." (Hadis Riwayat ibnu Majah. Dinilai Sahih oleh al-Albani).

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).


“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk)

Related Posts:

  • Dia Nak FLOAT, Aku Nak DONUT...Haloo!!Lapo donut la, bila dapat mam nih? Tadi nak singgah pun tak sempat bz kan. Hmm mengidam donut Nash tuh. Paling sedap dari Big Apple & Dunkin' Donuts ( kata adik aku laa... )Argh tak kisah la janji dapat donut. Ada … Read More
  • Tersenyum Kembali...Hey there...Memang aku down sangat ya amat arini sampai tak lalu nak mam. Aku tido bab bebai da tension.Aku jadi badmood... Sehinggalah... :)Die datang umah & tenangkan aku kot? Datang jumpe jap, nak singgah la. Alhamduli… Read More
  • Macam Gampang!!Haloo there!!Aku ngah rasa sakit ati ngan hamba Allah ni. Cam gampang sangat sial. Da la pompuan tapi nape la perangai cam ngan haram. Bencinye aku...Bukan aku gado ngan pompuan ni tapi die anta mesej kat FB aku video - video… Read More
  • Donut Lagi...Yuhuu uols...Teringat tadi dalam kul 8 lebey ni, MR. H nak ajak kuar semata - mata DONUT hehe... Lawak tol die, aku ingat da hal penting tadi nak ajak kuar. Mana taw Mama die suh kuar beli barang tak cukup nak masak untuk bes… Read More
  • Perasaan Bercampur Aduk...Dear darl...Aku sedey sangat arini walaupun masih mampu tersenyum tapi air mata tetap mengalir. Kalu ni dugaan, ujian & ketentuan Allah, aku redha. Kau sabarkanlah ati hamba Mu ini & berikanlah hamba Mu ini ketenangan… Read More

0 comments:

Post a Comment