Thursday, June 2, 2011

Kisah Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, " Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. "

Berkata Jibril A.S. : " Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap - tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar. "

Berkata pula Mikail A.S. : " Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu. "

Berkata pula Israfil A.S. : " Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu. "

Malaikat Izrail A.S pula berkata : " Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi - nabi. "

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W. ? Para malaikat memberikan jaminan masing - masing untuk orang - orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah - mudahan kita menjadi orang - orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. InsyaAllah ~

Related Posts:

  • Die Nak Ngorat Aku...Salam uols!!Haha gempak tak tajuk blog tuh? " DIE NAK NGORAT AKU..."Pergh!! Al - kisahnya begini, laki ni kerani kat tempat aku keje skang. Die kerani untuk memohon jawatan kosong. Masa aku datang apply keje, aku jumpe die la… Read More
  • Gaji PertamaHey my dearest...Aku da dapat gaji pertama malam tadi yahoo!! Cam tak caya je da dapat gaji. Baru 2 minggu keje taw, well company kena selaraskan suma gaji kan even aku baru masuk keje. Aku cek online banking tadi. Hehe!! Due… Read More
  • A Wedding Of Fairytales Read More
  • Majlis Persandingan Hazriq & Nurul.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.… Read More
  • Perangai Ntah Ape - Ape...Hey darl...Uols chat ke ark? Well, aku ok je huhu!! Sal tajuk blog aku arini... Aku nak story sal 1 mamat ni MR. AA ( kebahagiaan dalam perpisahan ) , die add aku d FB balik!!Pelik ke tak pelik perangai owang camtu. Da la die… Read More

0 comments:

Post a Comment