Thursday, June 2, 2011

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud AS


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud AS sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud AS berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini ? "

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata - kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud AS " Wahai Nabi Allah ! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca

" Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar " setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca " Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim " setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud AS " Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu ? "

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT maka Nabi Daud AS pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT

Begitulah sikap para Nabi AS apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT. Kisah - kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Related Posts:

  • Seminggu Yang MenjarakkanSalam uols...Hmm aku tak taw nak luah ape pada entry kali ni... Entry aku yang lepas banyak sal info - info wat uols sampai tak dapat nak luahkan isi ati sendiri. Kadang - kadang sampai terlupa nak jaga diri sendiri & owa… Read More
  • Kejutan HNY 2011Hey there...Aku dikejutkan NY 2011 ngan mesej misteri dari nombor yang tak dikenali..." Ass'kum.. awk slmt thn bru.. smoga tmu jdoh n dpt cpai impian awk k.. "Then aku tanya sape ni?" MR. AA "Terus aku tak reply da mesej die … Read More
  • OH NO!!Hey there...Aku dapat kol dari KMC nak ofer aku keje... Oh no!! Sedey nye aku bab aku da pun keje di PMC...Huhuk!! Tak da rezeki aku, dowang terlambat ofer kan aku... Tapi cam besa la kena exam & interview dulu...Aku da s… Read More
  • Tahniah Juara Dewi Remaja!!Hey uols!! Tengok tak DEWI REMAJA kat Astro? Aku kalu ada masa selalunye akan tengok la rancangan ni. Ye la bz ngan keje kan, tak da masa la sangat. Tapi aku tetap mengikuti perkembangan rancangan ni bab aku sangat minat ngan… Read More
  • Pusat Tahfiz Al - Quran & Sains Yayasan KhairiahSalam uols!!Semalam aku 1 famili g melawat adik bongsu aku, Alif Haikal kat skol die yang aku sebut - sebutkan tuh... PUSAT TAHFIZ AL - QURAN & SAINS YAYASAN KHAIRIAH, BALING, KEDAH~Alhamdulillah aku & famili selamat … Read More

0 comments:

Post a Comment